Panduan Bisnes Shopee - Jom Berniaga Secara Online Di Rumah!

Broker Forex terbaik! Withdrawal pantas di hujung minggu.

JustForex

Penjelasan tentang Misteri ketukan pintu di Sabak Bernam, Alor Gajah dan di Klang dan Kaedah menangani gangguan jin.

Assalamu'alaikum wbt,

Dalam tempoh sebulan ini, kita dihebohkan dengan misteri ketukan pintu yang "menghantui" beberapa buah rumah penduduk kawasan di Sabak Bernam, kemudian dilaporkan juga berlaku di Alor Gajah sehingga ke Klang. 

Di sini, Saya tidak bercadang untuk mengulas dengan lebih lanjut tentang kejadian berkenaan  secara terperinci kerana sudah ramai pihak telah pun mengulas tentang perkara berkenaan. Kes tersebut juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa dan juga tidak ketinggalan kumpulan paranormal turut serta mengambil kesempatan untuk menjadikan ianya sebagai bahan atau content media sosial.

Persoalan yang timbul ialah siapa punya angkara kejadian tersebut? Terdapat tiga jawapan yang bermain diminda iaitu yang pertamanya ialah disebabkan kejadian alam semula jadi, kedua ialah angkara perbuatan manusia yang tidak waras dan yang ketiga berpunca daripada gangguan makhluk halus.


| KEJADIAN ALAM SEMULA JADI

Sebagai umat Islam yang rasional, pertama sekali kita mestilah terlebih dahulu meletakkan sangkaan baik terhadap segala yang berlaku. Seboleh-bolehnya kita perlu cuba mengelak untuk sewenang-wenangnya mengaitkan segala benda dengan gangguan jin. Kita perlu sedari bahawa antara golongan jin dan manusia siapakah yang lebih jahat dan zalim? Perkara ini ada tercatat di dalam al-Qur'an bahawasanya syaitan di kalangan manusia amatlah jahat dan zalim sehinggakan berani mengaku sebagai tuhan dan cuba memerangi Allah dan membunuh para Nabi a.s. Contohnya kisah Nabi Musa a.s dengan Raja Firaun dan Nabi Ibrahim a.s dengan Raja Namrud serta banyak lagi kisah pembunuhan para Nabi dilakukan oleh musuh Allah.

Ok kita kembali semula kepada isu yang berlaku tersebut mungkin disebabkan faktor alami seperti tiupan angin kuat sehingga menyebabkan mangga pintu, pagar, atap rumah atau apa sahaja objek yang bergoyang / bergoncang sehingga mengeluarkan bunyi akibat tiupan angin yang kuat. Selain daripada itu, gangguan daripada haiwan peliharaan atau binatang liar juga boleh jadi penyebab perkara tersebut berlaku contohnya kucing, anjing, burung dan sebagainya.



| ANGKARA PERBUATAN MANUSIA

Jika misteri ketukan pintu berkenaan dilakukan oleh manusia, InsyaAllah saya yakin ianya mampu ditangani dengan kecekapan pihak berkuasa. Hanya manusia yang tidak siuman sahaja yang akan melakukan perbuatan sedemikian yang pastinya tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada dirinya dan orang lain. Tidak kira apa jua puncanya para penduduk di sekitar kawasan tersebut mestilah meningkatkan tahap keselamatan di kediaman mereka kerana dibimbangi jika berlaku ancaman daripada penjenayah mahu pun gangguan daripada orang gila.



| ANGKARA JIN ATAU MAKHLUK HALUS

Kemungkinan yang berikutnya ialah angkara makhluk halus atau pun jin. Tidak dinafikan golongan jin juga mampu mengganggu manusia dengan pelbagai cara sama ada melalui penampakan, penyamaran seperti haiwan berbisa atau benda, menyembunyikan sesuatu, memindahkan atau pun menyakiti manusia. 


KEMAMPUAN DAN KEBOLEHAN JIN BERDASARKAN DALIL AL-QUR'AN DAN HADITH

Allah SWT merakamkan terdapat jin yang mampu memindahkan sesuatu daripada satu tempat ke tempat yang lain. Firman-Nya:

قَالَ عِفْرِيتٌ مِّنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَ ۖ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ ﴿٣٩

Maksudnya: “Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".

Surah al-Naml: 39

Antaranya ayat yang menerangkan bagaimana sebahagian jin mempunyai kepakaran dalam membina bangunan dan perkara-perkara lain. Firman Allah SWT:

(وَالشَّيَاطِينَ كُلَّ بَنَّاءٍ وَغَوَّاصٍ (٣٧

Maksudnya: “Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).”

Surah Sad: 37


JIN IFRIT DATANG MENGGANGGU RASULULLAH SAW 

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud ra, berkata,” Aku tengah Bersama Rasulullah Saw sementara itu Jibril juga tengan Bersama beliau, Nabi Muhammad Saw membaca al-Qur’an, tiba-tiba Jin bernama Ifrit datang dari tempat keluarnya. Di tangannya ada obor api dan ia mendekati Nabi Saw.

Jibril lantas berkata, “Wahai Muhammad, maukah kau kuajari kalimat yang jika kau ucapkan, Jin Ifrit ini akan berpaling dan obornya akan padam? Ucapkanlah kalimat berikut,

أَعُوذُ بِنُورِ وَجْهِ اللهِ الكَرِيمِ وَكَلِمَاتِهِ التَّامَاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بِرٌّ وَلَا فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنْ السَمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيِلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ شَرِّ طَوَارِيقِ النَّهَارِ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَارَحْمَن

A’uzhu bi nuuri wajhillahil kariimi waklimaatihit taammah allati laa yujaawizhu hunna birrun walaa faajiur min syarri maa dzara-a fii al-ardhi wamaa yakhruju minhaa wamaa yanzilu minas samaai wamaa ya’ruju fiihaa wamin syarri fitanil laili wan nahaari wamin syarri thawaariqin nahaari illa thaariqan yathruqu bikhairin yaa rahmaan

Ertinya; Aku berlindung dengan wajah Allah yang Mulia dan Kalimat-Nya yang sempurna yang tidak dapat diraih oleh pelaku kebaikan atau pemaksiat sekalipun, dari keburukan apa yang masuk dan keluar dari bumi, apa yang turun dari dan naik ke langit, dari keburukan fitnah malam dan siang hari, dari keburukan para pengetuk pintu di tengah malam dan siang hari, kecuali pengetuk pintu yang datang membawa kebaikan, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih. (HR. Ahmad)

Kemudian Nabi mengucapkan doa tersebut, akhirnya Jin Ifrit pun memalingkan wajah dan obornya padam.


KISAH JIN IFRIT HAMPIR DITAMBAT DI TIANG MASJID OLEH BAGINDA NABI SAW.

Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW bersabda: 

إِنَّ عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ - أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا - لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلَاةَ فَأَمْكَنَنِي اللهُ مِنْهُ فَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ: رَبِّ ﴿هَبْ لِي مُلْكًا لا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي﴾ [ص:35] قَالَ رَوْحٌ: فَرَدَّهُ خَاسِئًا

"Sesungguhnya Ifrit dan bangsa jin tadi malam menampakkan diri kepadaku, atau dengan kalimat lain seperti itu, untuk memotong sholatku. Maka, Allah memberikan kemungkinan kepadaku untuk menangkapnya, aku ingin mengikatnya pada salah satu tiang dari tiang-tiang masjid sehingga waktu pagi agar kalian semua dapat melihatnya. Tapi, aku teringat ucapan saudaraku Sulaiman (dalam doanya), "Ya Allah! Ampunilah aku dan beri lah aku kerajaan yang tidak layak bagi seorang pun setelahku. "Maka, Allah mengembalikan Ifrit da lam keadaan hina." (HR Al Bukhari).


IKHTIAR MENANGANI GANGGUAN JIN DAN SYAITAN

Pertama sekali kita perlu meletakkan keyakinan kita bahawasanya Allah swt tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa. Manakala Jin dan Syaitan hanyalah makhluk ciptaan Allah yang memiliki tipu daya yang sangat lemah. Berikut merupakan dalil yang menyebut tentang tipu daya syaitan.

Allah Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah,” (QS. An-Nisa: 76).


MEMAGAR DIRI DAN KEDIAMAN MENGGUNAKAN AYAT-AYAT RUQYAH

1. Mengamalkan Surah al-Ikhlas dan al-Muawwizatain (Surah al-Falaq dan Surah an-Nas). 

Dengan menghadap kiblat dan kedua belah tangan dirapatkan seperti berdoa. Niatkan mohon perlindungan daripada Allah swt kemudian membaca ketiga-tiga surah sehingga selesai. Hembuskan ditelapak tangan dengan satu nafas kemudian disapu di muka, kepala termasuk telinga serta disapu pula di bahagian badan, kaki dan juga tangan tanpa mengangkat telapak tangan.

2. Membaca ayatul Kursi sebelum tidur. 

Barangsiapa yang membaca ayat kursi sebelum tidur, maka Allah akan menjaganya. Sebagaimana keterangan hadis Nabi dalam Kitab Fadha’il Qur’an :

إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ

Apabila kamu naik tempat tidurmu, bacalah ayat kursi. Selamanya kamu akan disertai penjaga dari Allah dan syaitan tidak akan mendekat kepadamu  (HR Bukhari).

3. Membaca surah Al-Baqarah

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu sembahyang sunat ataupun membaca al-Qur’an dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana-mana rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah”.
 
(Hadith Riwayat Muslim)

Serta beberapa kaedah lain yang shahih diajar oleh Rasulullah saw boleh diamalkan. Semoga usaha ini dapat membantu masyarakat yang memerlukan. 
Penjelasan tentang Misteri ketukan pintu di Sabak Bernam, Alor Gajah dan di Klang dan Kaedah menangani gangguan jin. Penjelasan tentang Misteri ketukan pintu di Sabak Bernam, Alor Gajah dan di Klang dan Kaedah menangani gangguan jin. Reviewed by hairulnizzam on December 22, 2020 Rating: 5

No comments:

Buka account anda dalam matawang Kuwait Dinar (KWD)

JustForex
Powered by Blogger.