Panduan Bisnes Shopee - Jom Berniaga Secara Online Di Rumah!

Broker Forex terbaik! Withdrawal pantas di hujung minggu.

JustForex

Mutiara kata oleh Almarhum Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz

Mutiara kata oleh al-Marhum Profesor DiRaja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid yang terkenal.



SUMBANGAN TOKOH



YM Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid adalah tokoh cendekiawan ulung yang idea, jasa dan sumbangan akademiknya boleh dikatakan mencorakkan sebahagian besar bidang pendidikan, agama dan ekonomi negara.

Dilahirkan pada tahun 1922 di London, England, beliau mendapat pendidikan menengah di English College, Johor Bahru.

Beliau memperoleh Diploma Sastera di Raffles College, Singapura pada tahun 1947 dan Bacelor Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1951.

Pada tahun 1952 beliau mengorak langkah ke alam akademik apabila diterima sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya (UM).

Beliau dilantik sebagai Profesor dan Ketua Jabatan Ekonomi selama lima tahun mulai tahun 1961 sebelum memegang jawatan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran pada tahun 1965 hingga 1968.

Pada tahun 1964 beliau memperoleh ijazah Kedoktoran (PhD) Ekonomi dari Universiti Waseda,Tokyo, Jepun.

Ungku Aziz menempa sejarah apabila dilantik sebagai Naib Canselor, UM selama 20 tahun dari tahun 1968 hingga 1988.

Allahyarham juga pencetus kepada idea penubuhan Pusat Asasi Sains di UM untuk membantu orang Melayu dalam kalangan golongan miskin.

Ungku Aziz dikenali menerusi idea penubuhan Lembaga Tabung Haji (TH) ketika menulis kertas kerja bertajuk 'Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-bakal Haji' kepada kerajaan pada 30 September 1959 sebelum lahirnya konsep TH hari ini.

TH kemudian ditubuhkan pada 30 September 1963 sebelum konsep diperkenalkan Allahyarham itu diperbaharui pada tahun 1969 apabila digabungkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji.

Ungku Aziz adalah salah seorang yang terbabit dalam merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein pada 1971.

Allahyarham turut melakar kejayaan sebagai pencetus idea penubuhan sekali gus menjadi Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) pada Mac 1971.

Ungku Aziz turut berkhidmat sebagai penasihat atau ahli jawatan kuasa penasihat kepada beberapa institusi tempatan dan antarabangsa.

Sepanjang tahun 1971 hingga 2005, beliau dianugerahkan pelbagai ijazah kehormat daripada institusi tempatan dan antarabangsa.

Kredit : bharian.com.my

Mutiara kata oleh Almarhum Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz Mutiara kata oleh Almarhum Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz Reviewed by HairulStudio on December 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Buka account anda dalam matawang Kuwait Dinar (KWD)

JustForex
Powered by Blogger.