Assalamu'alaikum wbt,
Kali ini saya nak berkongsi kepada rakan-rakan yang belum mengetahui cara bagaimana menggunakan camera smartphone anda sebagai webcam semasa melakukan live streaming / conference.
1) Pertama sekali, anda perlu menyediakan peralatan seperti berikut.
i. Smartphone
ii. Laptop / Komputer
iii. Sambungan Wifi
2) Kedua, anda perlu memuat turun aplikasi / software berikut:
i. Download dan install iVCam Webcam melalui Google Play Store.
ii. Download dan install iVcam Webcam daripada laman web e2esoft.com
Sila rujuk gambar yang disertakan.
|
Masuk ke laman e2esoft dan pilih iVCam. Klik butang Download for Windows dan install di komputer anda sehingga selesai. |
|
Buka Google Playstore dan taip iVCam pada bahagian carian. Download dan Install apps tersebut di smartphone anda.
3) Ketiga, pastikan anda telah mengikuti arahan pertama dan kedua sehingga berjaya. Jika selesai, ikuti langkah seterusnya.
i. Buka apps iVCam Webcam yang telah diinstall di Smartphone anda.
| Icon iVCam pada Smartphone |
| Paparan iVCam di Smartphone
|
ii. Klik icon iVCam di desktop komputer anda dan buka software tersebut.
Paparan iVCam software di Komputer / Laptop
4) Cara menghubungkan Smartphone dan Komputer:
i. Pastikan kedua-dua aplikasi iVCam dibuka pada smartphone dan komputer anda.
ii. Sambungkan smartphone dan komputer anda menggunakan sambungan Wifi internet yang sama. Tanda perlu melakukan apa-apa ketetapan setting, Software iVCam di komputer anda akan secara automatik akan dapat memaparkan visual daripada Camera smartphone anda secara real time terus di komputer anda.
iii. Jika tidak berhasil menggunakan sambungan WIFI, anda boleh gunakan kaedah kedua iaitu menggunakan Cable Charger Smartphone dan di sambung terus ke port USB di komputer anda.
5) Jika anda menggunaan perisian Google Meet atau Zoom untuk melakukan live streaming / conference. Anda perlu menetapkan pilihan camera untuk digunakan semasa siaran tersebut. Sebagai contoh untuk Google Meet. Anda perlu masuk ke laman meet.google.com. Kemudian pergi ke bahagian Setting > Video > Camera untuk membuat aturan camera.
Cara membuat ketetapan camera menggunakan Google Meet.
6. Langkah Selesai. Selamat mencuba!
|
No comments: